RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK


Kuih Tepung Gomak

Bahan-bahan:
[+] 150gm kacang hijau

Penyediaan :
 ##Goreng kacang hijau tanpa minyak hingga naik bau & masak...  Masukkan ke dalam pengisar kering & kisar hingga halus...  Ayak & ketepikan untuk di salut dengan kuih...

Bahan Inti:
[+] 1/2 biji kelapa - parut
[+] 200gm gula melaka, racik halus
[+] 2 sudu makan air
[+] 2-3 sudu makan tepung pulut
[+] 1 helai daun pan&

Penyediaan :
##Cairkan gula melaka dengan air bersama daun pan& di atas api kecil hingga mendidih... Masukkan kelapa parut & gaul rata... Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti melekat... Sejukkan & gentel bulat2...

Bahan Doh:
[+] 300gm tepung pulut
[+] 150-180ml air
[+] 1/4 sudu teh garam
[+] 2 sudu teh air kapur

Penyediaan :
##Satukan semua bahan doh & uli menjadi doh yang tidak melekat di tangan...  Ambil sebesar bola pingpong, leperkan & masukkan inti ditengahnya...  Tutup doh & leperkan...
Didihkan air di dalam periuk bersama 2 helai daun pan& yang di simpul...
Apabila mendidih masukkan kuih, masak hingga kuih terapung...  Angkat, toskan air & golek dalam serbuk kacang hijau...

0 Response to "RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK"

Post a Comment