BLUEBERRIES CHEESE TART


Blueberries Cheese Tart
By: Azie Kitchen


*Untuk 24 biji

Pastri:
[+] 100 gram butter (salted)
[+] 75 gram gula halus
[+] 200 gram tepung gandum
[+] 1 biji telur
[+] 1/2 sk esen vanila

1.   Putar butter dengan gula sehingga sebati... Masukkan telur serta esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati...  Masukkan tepung dan digaul rata sehingga menjadi doh...

2.   Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart... Cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara... Acuan tak perlu di gris...

3.   Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga keperangan... Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling...

Nota:
1.   Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau...
2.   Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama...


Cream Cheese Filling:
[+] 250gram cream cheese- lembut
[+] 20gram butter (salted)- lembut
[+] 60 gram gula kaster
[+] 1 biji telur

1.   Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat... Masukkan telur dan putar hingga sebati...

2.   Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi... Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri...

3.   Buat pattern dengan melorek menggunakan toothpick... Bakar pada suhu 160C selama 10 minit

4.   Angkat dan boleh dihidangkan...  Sedap dimakan sejuk, jadi boleh di simpan di dalam peti sejuk seketika...

SIAP!

0 Response to "BLUEBERRIES CHEESE TART"

Post a Comment