Makanan yg dilarang ketika berpantang - Apa itu berpantang? Bukannya pantang nampak tau...hihi, berpantang selepas bersalin. Berpantang maksudnya tidak melakukan sesuatu dlm kehidupan baik utk jangka pendek ataupun jangka panjang. Hal ini dilakukan kerana alasan faktor kesihatan, kebiasaan ataupun keyakinan atau adat tertentu.
org tua-tua selalu berpesan jgn langgar pantang nanti macam-macam yg jadi. Jadi, kata-kata dan nasihat org tua bukan sekadar cakap kosong tau. Mereka lebih berpengalaman dlm hal-hal sebegini, sudah tentu kesan sampingan dan akibat langgar pantang pun dia org cukup arif.
Makanan yg dilarang ketika berpantang
Berikut saya senaraikan makanan yg dilarang ketika berpantang. Pemakanan antara aspek yg diambil berat semasa wanita dlm pantang. Makanan yg boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yg boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
Dibolehkan:
* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yg kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya utk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dlm kadar yg sepatutnya. jgn terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap utk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* jgn kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air utk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yg membantu penyembuhan luka disamping fiber utk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jgn amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali. Selain dari itu ikan selar, ikan gelama & ikan bawal putih juga boleh dimakan.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara, burung puyuh dan burung merpati.
* Masakan yg dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yg dimasak elok ditambah rempah-rempah yg memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yg boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.
Elakkan
* Hidangan yg pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yg dilarang antaranya yg bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* jgn mengambil air teh atau air batu semasa dlm tempoh berpantang. Air tebu, air cincau dan air kelapa muda juga patut dielakkan.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dgn minyak banyak.
Lain-lain Makanan Harus Dielakkan:
1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) – badan bisa & bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yg sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yg sejuk
Secara amnya, kita harus mematuhi pantang larang makanan yg harus dielakkan ketika berpantang. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah amat berfaedah. Antaranya adalah sebagai perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yg berlebihan dan amalan mengurut utk faedah kesihatan si ibu.
Sumber: Aynorablogs
0 Response to "MAKANAN MERBAHAYA SEWAKTU PANTANG~ BACA DISINI"
Post a Comment