DOA LEMBUTKAN DAN REDHAKAN PANAS BARAN SUAMI
DOA PELEMBUT HATI & MEREDAKAN PANAS BARAN
------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
Assalamualaikum
**Tidak semestinya... Itu dah mungkin perangai semula jadinya, sebagai isteri, kenalah banyak bersabar dengan kerenah suami... Allah akan memberikan pahala kepada isteri yg sabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya... Insyaallah...
**Cuba cari punca kenapa dia sering bersikap demikian, elakkan dari suami melenting dan marah-marah...
**Di sini, saya ingin berkongsi doa dan zikir yang telah dan masih saya amalkan dalam menangani kerenah suami dan anak-anak... Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati... Sebagai isteri dan ibu, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga...
Untuk melembutkan hati suami yg garang dan menurunkan kadar suhu 'panas baranannya' amalkan seperti:
1)... Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah...
2)... Baca surah Taha ayat 1-8......dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - "Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)......... sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud"
3)... Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya... Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
4)... Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang... Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati...
Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab... Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:
1)... Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir...
2)... Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya...”
3)... Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah...
Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah...... Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang... Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:
1)... Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka...
Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi... Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya... Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar... Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadhirkan diri untuk majlais ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah...
##Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami dan anak-anak... Doa itu senjata mukmin... Wallahu’alam...
0 Response to "DOA LEMBUTKAN DAN REDHAKAN PANAS BARAN SUAMI"
Post a Comment