Tahukah anda ramai ibu bapa melakukan kesalahan dalam membedung bayi mereka.
Ini adalah cara yang betul bagi membedung bayi mengelakkan anak mengalami hip dyslapsia atau sakit tulang pelvis.Bedung itu penting tetapi tidak lah sehingga memaksa meluruskan kaki bayi.Mohon share sebagai panduan ibu bapa malaysia ye
Banyakkan pembacaan
www.northernmum.com/2013/09/hip-dysplasia-why-we-should-burn-forward-facing-baby-carriers/
The best way to swaddle your baby...
Tanya Doktor Azlin : Betulke kalau bedung dapat elak kengkang?
"Doktor, betul ke kalau bedung bayi dapat mengelak daripada kaki kengkang apabila sudah dewasa nanti?"
"Sebelum saya jawab, saya mintak maaf dahulu jika mungkin ada yang tersinggung dan tidak berapa setuju dengan pendapat saya. Saya hanya memberi pendapat dari segi bidang perubatan. Terpulang sama ada untuk ikut atau tidak."
APAKAH FUNGSI BEDUNG?
Bedung memberi keselesaan kepada bayi. Berbedung akan memberikan rasa "secure, warmth" dan seperti keadaan di dalam rahim.
Nota tambahan : Dikatakan bedung bayi dapat membantu bayi untuk tidur lebih lama. Ia juga mengurangkan risiko SIDS ""Sudden Infant Death Syndrome"". Kajian menunjukkan bayi yang dibedung, tidur dalam keadaan berbaring. Bedung semakin popular dan dicadangkan kepada ibu bapa untuk mengelak bahaya tidur secara tiarap. Bedung juga mengelak bayi baru lahir terkejut akibat kesan refleks "startle" (terkejut, tangan mendepa dan menangis) iaitu biasa terjadi kepada bayi baru lahir hingga usia 4 atau 5 bulan.
BOLEH KAH BERBEDUNG ?
Bedung boleh, tiada masalah. Tetapi sila pastikan cara membedung bayi ya adalah dengan cara yg betul. Mitos mengatakan bedung dilakukan bagi mengelak ngelak anak jalan kengkang adalah tidak benar sama sekali. Tetapi jika salah cara bendung memang akan menyebabkan kengkang. Ia adalah disebabkan oleh "Hip Dysplasia."
KAKI BAYI KENGKANG, NORMAL ATAU ABNORMAL ?
Kaki bayi sememangnya kengkang sejak lahir. Ia adalah disebabkan keadaan kaki kedua-dua belah bengkok & menimpa dengan satu sama lain ketika dalam rahim.
Bayi lahir kaki terkangkang is "absolutely normal". Bila dia makin membesar, kaki itu akan melurus sendiri dan apabila mula pandai berjalan, kaki itu akan sempurna dengan sendirinya. Ia tidak akan terkangkang. Jadi, jangan dikhuatiri jika anak berumur 1-2 tahun masih lagi jalan terkangkang. Yang menjadi masalah apabila anak berumur 3 tahun ke atas, masih terkangkang. Itu adalah tanda nya mendapat "Hip Dysplasia."
PENYEBAB BEDUNG BOLEH MENYEBABKAN HIP DYSPLASIA ?
Tulang pangkal paha berbentuk bulat, dan ada soket tempat untuk meletaknya. Rujuk gambar C diatas. Dan tulang pangkal paha seharusnya mesti masuk di dalam soket itu. Kesalahan berlaku apabila kitam embedung bayi dengan kaki bayi
- * dilurus
- * dirapat kedua-dua lututnya
- * diikat samada di lutut ataupun di buku laliApabila kita meluruskan kaki bayi dalam bedung, tulang pangkal paha akan terkeluar dan beralih dari soketnya. Inilah dinamakan" dysplasia". Rujuk gambar C juga. Bayangkan "drumstick" ayam. Asalnya memang bengkok bukan? Cuba kita meluruskan "drumstick" ayam, patah atau tidak tulang atas? Berpisah tak tulang diatas dari badannya? Begitulah juga dengan tulang pangkal paha anak kita.
"Hip Dysplasia" kurang memberi kesakitan dan kurang nampak ketika masih bayi. Tapi, apabila sudah mula berjalan terutamanya masuk umur 2-3 tahun kita akan melihat mereka berjalan seperti :
- * pencat sebelah
- * tekangkang tidak sempurna seperti penguin
- * pinggangnya nampak jelas terturun sebelah ketika berjalan
- * berbunyi "klik" apabila paha bergerakIni digelar ""waddling gait"". Cara mengubatnya adalah dengan mengangkang kembali supaya tulang pangkal paha masuk kembali ke dalam soket. Ditahan dengan plaster untuk beberapa bulan. jika masih juga tidak sempurna perlu dibedah untuk pembetulan selanjutnya. Rujuk gambar D. Jika tidak nampak pun ketika kanak-kanak "Hip Dysplasia" akan menyebakan apabila anak itu masuk alam remaja 20an dan 30an mengalami sakit sendi (arthritis) di tulang pangkal paha.
BAGAIMANA CARA BEDUNG YANG BETUL ?
Rujuk gambar B. Tiada mendatangkan masalah jika tangan bayi dilurus dan diletak kesisi ketika membendung. Tetapi jangan sesekali melurus kaki. Biar bahagian kaki dibedung tetapi "loose "sedikit dan biar kakinya membengkok seperti asal. Jangan sesekali diikat dan dirapat sangat. Beri lebih ruang dibahagian kaki untuk kakinya bebas bergerak.
Trend membendung zaman sekarang adalah seperti gambar A adalah tidak baik. Kaki bayi yang terlalu dilurus dan tidak bebas bergerak akan menyebabkan potensi tinggi untuk dapat "Hip Dysplasia."
Kesimpulannya bedung bukan cara nak mengelak kaki terkangkang, tetapi jika bedung dengan cara yang salah akan menyebabkan kaki anak terkangkang.
Makcik-makcik, nenek-nenek, harap jangan banned saya. Tugas saya hanya menyampaikan.
Sumber : Dr. Azlin
Artikel ini diambil untuk perkongsian bersama daripada sumber yang telah dinyatakan.
Boleh rujuk laman page beliau untuk info kesihatan lebih lanjut.
http://luvlacemommy.blogspot.com/2015/05/tanya-doktor-azlin-betulke-kalau-bedung.html?m=1
Clinical reference
1. van Sleuwen, B., Engelberts AD, Boere-Boonekamp MM, Kuis W, Schulpen TWJ, L’Hoir MP,, Swaddling: a systematic review. Pediatrics, 2007. 120: p. e1097-e1106.
2. Gerard, C., Harris KA, Thach BT, Physiologic studies on swaddling: an ancient child care practice, which may promote supine position for infant sleep. J. Pediatr., 2002. 141: p. 398-403.
3. Mahan, S., Kasser JR, Does swaddling influence developmental dysplasia of the hip? Pediatrics, 2008. 121: p. 177-8.
4. Salter, R., Etiology, pathogenesis and possible prevention of congenital dislocation of the hip. Can. Med. Assoc. J., 1968. 98: p. 933-45.
5. Karp, H., Safe swaddling and healthy hips: don’t toss the baby out with the bathwater. Pediatrics, 2008. 121: p. 1075-6.
6. Bowen, J., Kotzias-Neto A, Etiology, in Developmental Dysplasia of the Hip, J. Bowen, Kotzias-Neto A, Editor. 2006, Data Trace: Brooklandville, MD. p. 18-21.
7. Gardiner, H., Clarke NMP, Dunn PM, A sonographic study of the morphology of the preterm neonatal hip. J. Pediatr. Orthop., 1990. 10: p. 633-7.
8. Stiegler, H., Hafner E, Schuchter K, Engel A, Graf R,, A sonographic study of prenatal hip development: from 34 weeks of gestation to 6 weeks of age. J. Pediatr. Orthop., 2003. 12B: p. 365-8.
9. McKibben, B., Anatomical factors in the stability of the hip joint in the newborn. J. Bone Joint Surg., 1970. 52B: p. 148-59.
10.Haas, S., Epps CH, Adams JP, Normal ranges of hip motion in the newborn. Clin. Orthop. Rel. Res., 1973. 91: p. 114-8.
11.Coon, V., Donato G, Houser C, Bleck EE, Normal ranges of hip motion in infants six weeks, three months, and six months of age. Clin. Orthop. Rel. Res., 1975. 110: p. 256-60.
12.Hoffer, M., Joint motion limitation in newborns. Clin. Orthop. Rel. Res., 1980. 148: p. 94-96.
13. Salter, R., Role of Innominate osteotomy in the treatment of congenital dislocation and subluxation of the hip in the older child. J. Bone Joint Surg., 1966. 48A: p. 1413-39.
14. Suzuki, S., Yamamuro T, The mechanical cause of congenital dislocation of the hip joint. Acta Orthopaedica Scand., 1993. 64: p. 303-4.
15. Yamamuro, T., Ishida K, Recent advances in the prevention, early diagnosis, and treatment of congenital dislocation of the hip in Japan. Clin. Orthop. Rel. Res., 1984. 184: p. 34-40.
16. Wilkinson, J., and Carter C, Prime factors in the etiology of congenital dislocation of the hip. J. Bone Joint Surg., 1963. 45B: p. 268-83.
17. Green, N., Griffin PP, Hip dysplasia associated with abduction contracture of the contralateral hip. J. Bone Joint Surg., 1982. 64: p. 1273-81.
18. Pratt, W., Freiberger RH, Arnold WD, Untreated congenital hip dysplasia in the Navajo. Clin. Orthop. Rel. Res., 1982. 162: p. 69-77.
19. Kutlu, A., Memik R, Mutlu M, Kutlu R, Arslan A, Congenital dislocation of the ip and its relationship to swaddling used in Turkey. J. Pediatr. Orthop., 1992. 12: p. 598-602.
*UPDATE DOKTOR PAKAR
GAMBAR PERTAMA MEMANG CARA BEDUNG YANG SALAH
GAMBAR KEDUA CARA BEDUNG YANG PARTIALLY CORRECT.SESUAI KEPADA CERTAIN CASES
SILA RUJUK KEPADA PAKAR ORTOPEDIK ANDA YANG TERDEKAT
0 Response to "Tahukah anda ramai ibu bapa melakukan kesalahan dalam membedung bayi mereka."
Post a Comment