RESEPI UDANG BREADCRUMB ~ Klik Sini


>Bahan-bahan untuk udang breadcrumb:


. 10 ekor udang harimau / udang putih besar
. 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
. 1/2 sudu besar kicap cair
. 1 sudu kecil minyak bijan
. secubit garam
. 1/2 sudu besar tepung jagung

> Celupan


.3 sudu besar breadcrumbs
.1 biji telur - pukul ringan

> Cara-cara udang breadcrumb:


1.  Buang kulit udang & tinggalkan bahagian ekor sahaja.  Kemudian belah belakang tapi jangan sampai putus, keluarkan kotorannya.
2.  Cuci & toskan. Susun di atas tisu dapur untuk keringkan airnya.
3.  Kemudian gaul dgn bahan-bahan lain hingga rata.  Perap sebentar.
4.  Panaskan minyak yang banyak, celup udang satu persatu dlm telur dan salut dengan breadcrumbs.
5.  Goreng hingga keperangan.  Angkat & toskan.
6.  Hidang bersama daun salad, daun bawang dan sos kegemaran.

Selamat mencuba uolls :)


0 Response to "RESEPI UDANG BREADCRUMB ~ Klik Sini"

Post a Comment