Resepi Asam Pedas Melaka Paling Asli


> Bahan- Bahannya :


.4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
.3 biji bawang merah
.1 biji bawang putih
.2 cm halia
.1 mangkuk cili kering kisar
.3 cm belacan
.2 cm kunyit hidup
.1 sudu besar lada hitam (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali)

.3 batang serai - dititik

.1 sudu teh halba

.daun kesum + bungan kantan

.bendi / terung (potong ikut kemahuan sendiri)

.air asam jawa

.garam + gula

.minyak


> Caranya :


1)Panaskan minyak.

2)Kemudian masukkan halba, nampak mcm kekuningan terus masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi, masukkan serai sekali.

3)Masak sampai bahan yang telah dikisar itu garing dan masak.

4)Masukkan gula secukup rasa sesudah garing, masukkan daun kesum n bunga kantan.

5)Masukkan ikan yang anda ingin masak.

6)Kemudian masukkan asam jawa, mengikut kehendak kepekatan kuah yang anda mahukan.

7)Akhir sekali masukkan bendi atau terung yang telah dipotong mengikut gaya anda sendiri dan tambah garam secukup rasa dan boleh matikan api.

=======================
> Kunci Asam Pedas Melaka
=======================

1. Asam pedas melaka ni lebih enak jika ditambah belacan. Tapi tidak disyorkan bagi yang mempunyai alahan.

2. Lebih enak jika dimasak 3 atau 4 jam sebelum mahu dimakan supaya kuah semakin meresap ke dalam ikan.

3. Kuah yang pekat amat digalakkan untuk mendatangkan perasaan kick.

4. Ikan yang segar semestinya memainkan peranan yang sangat penting.

5. Asam pedas Melaka sangat kuat baunya sehinggakan sudah dibasuh tangan dengan sabun tidak menghilangkan baunya menandakan asam pedas anda menjadi.

Selamat Mencuba :)

0 Response to "Resepi Asam Pedas Melaka Paling Asli"

Post a Comment