> Bahan-bahan lapisan bawah hijau:
. 1 cawan tepung beras
. 1 cawan gula
. 4 cawan air
. 1 cawan jus pandan (10 helai daun pandan + 1 cawan air), kisar dan tapis
. 1 sudu teh air kapur
. 1/4 sudu teh garam halus
. 1/4 sudu teh pewarna hijau
> Bahan Lapisan Atas - Putih:
. 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
. 1 kotak kecil santan (250ml)
. 2 cawan air
. 1 sudu teh garam halus
> Cara-cara tepung pelita hijau
1. Satukan bahan lapisan bawah & bancuh hingga sebati. Tapis ke dlm periuk & masak hingga pekat, licin dan berkilat.
2. Angkat dan masukkan ke dlm acuan kecil. Ketepikan.
3. Satukan bahan lapisan atas dan bancuh hingga sebati. Tapis ke dlm periuk dan masak hingga adunan pekat.
4. Angkat & tuang ke atas lapisan hijau.
5. Sejukkan dahulu sebelum di hidang.
Nota : Tepung Pelita Moden di masak terus & tidak di kukus seperti tepung pelita tradisi yang di isi di dalam bekas daun pisang dan di kukus. Gula pula di adun bersama bancuhan.
Selamat mencuba uolls :)
0 Response to "RESEPI TEPUNG PELITA HIJAU ~Klik Sini"
Post a Comment