> Senggugut adalah masalah yang biasa dihadapi oleh kaum wanita ketika datang bulan. Sakitnya Tuhan saja tahu! Bila ia datang menyerang segala kerja akan tertangguh dan segala rancangan tergendala.
Senggugut atau ‘period pain’ adalah kesakitan yang dialami oleh wanita di bahagian pelvis atau bawah perut ketika didatangi haid. Organ-organ seperti rahim, ovari, pundi kencing dan salur fallopio terletak di kawasan pelvis ini.
Pre-Menstrual Syndrome (PMS) ini akan membuatkan seorang wanita itu mengalami sakit kepala, pening, berasa lemah, loya, muntah, cirit-birit dan sakit belakang. Komplikasi fizikalnya boleh mengganggu kesuburan dan secara mentalnya boleh menyebabkan stress berlebihan dan tidur yang terganggu.
7 Cara utk Mengatasi Masalah Senggugut
1) Anda dinasihatkan utk meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi. Ini kerana kalsium berkeupayaan utk memberikan ketenangan sekaligus menghindarkan ketegangan serta mengimbangi kadar kandungan cecair dalam badan. Makanan yang berkalsium tinggi termasuklah kekacang, tempe dan susu.
2) Cara yang kedua adalah anda perlu mengambil sumber vitamin C dalam dos yang tinggi. Banyak buah-buahan contohnya seperti limau yang diperkaya dgn kandungan Vitamin C yang tinggi. Tubuh kita memerlukan sekurang-kurang 7 biji limau utk mendptkan nilai Vitamin C yang mencukupi.
3) Ambillah makanan tambahan (supplemen) yang kaya dgn vitamin B6 dan Vitamin E utk menghindarkan dari ketegangan pada perut ketika datang bulan. Memang tak dpt dibayangkan betapa sakitnya bila perut menegang akibat senggugut. Pengambilan vitamin B6 dan Vitamin E dpt mencegah ketegangan perut.
4) Semasa tempoh ‘period pain’ ini, anda perlu mendisiplinkan diri dan mengurangkan jumlahg pengambilan garam. Kawalan terhadap pengambilan garam akan berupaya mengurangkan pengumpulan air yang berlebihan dalam badan kita.
5) Ada yang mencadangkan agar makan coklat utk mengurangkan stress. Namun, hakikatnya jika kita diserang angin senggugut yang kronik kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang berkafein, bercoklat dan bertepung. Kurang pengambilan kopi, teh mahu pun coklat dalam tempoh ini.
6) Ambillah makanan yang kaya dgn serat. Apa makanan yang kaya dgn serat itu? Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti avocado, jagung, bijirin oat, sayuran dan buah-buahan. Lengkapkan dgn pengambilan 8 gelas air sehari bagi penyerapan maksimum. Ini dpt mengurangkan sakit kepala dan migrain ketika period.
7) Buat mereka yang mempunyai masalah anemia iaitu kurang darah, saranan terbaik adalah utk mengambil makanan tambahan atau supplemen yang kaya dan tinggi dgn zat besi.
0 Response to "PETUA MENYEMBUHKAN SENGGUGUT DENGAN PANTAS~ KLIK SINI"
Post a Comment